Tag Archives: graduan kemahiran

Tenaga pengajar kemahiran diperlukan

Tenaga pengajar kemahiran diperlukan di mana? Apakah pula syaratnya?

Mesej kepada anda yang ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran: Malaysia – dan dunia – bergantung kepada anda. Masa depan kita akan maju dan tumbang bersama graduan kemahiran, pembangun negara kita.

HERO tenaga pengajar kemahiran
Hampir setiap filem bencana - tak kira Independence atau World War Z atau Godzilla - ada saatnya salah satu watak akan melihat watak utama dan mengatakan ayat seperti "Nasib Bumi di tangan anda". Hero kita selalu meneguk, kelihatan ketakutan dan kemudian bergegas untuk meletupkan asteroid atau mengalahkan makhluk asing sebelum mereka musnahkan bandar New York.

Tenaga Pengajar Kemahiran - SLaPB & SLDN

Pengajar kemahiran di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) awam seperti di CIAST/KV/ADTEC/ILP/IKBN/GiatMARA atau PLK swasta tidak sama kelayakkannya jika anda berminat menjadi seorang pensyarah di kolej/universiti swasta/awam untuk program akademik.

Lebih ramai lagi yang mungkin tidak tahu bahawa pengajar kemahiran ini sebenarnya ada 2 kategori, satu di Pusat Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan satu lagi di Pusat Latihan SLDN di bawah Sistem Latihan Daul Nasional (SLDN). 

Sistem Latihan Program Bertauliah - SLaPB

Sebelum tu, baik kita lihat definisi Tenaga Pengajar dari konteks Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana ramai yang sentiasa keliru dengan dua definisi ni.

“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;.

Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar - Apa Bezanya Dari Segi Syarat Lantikan?

Kursus Induksi JPK - Syarat Kelayakan Personel SLaPB - COPTPA

a) Dari kriteria TP & PP di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.

b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.

Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT.
Ia berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)

c) PP WAJIB ada Sijil Teknik Mengajar (cth TVETi, VTO atau TM002)
– syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional Bertauliah atau Sijil Teknik Mengajarlain  yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).

d) PP-M (PP Modular) WAJIB ada SKM/CU dalam Program berkaitan serta sijil VTO/TVET-i/TM002 atau Sijil Latihan Tenaga Pengajar (NCS-TTT).

Tenaga Pengajar Kemahiran - Sijil Teknik Mengajar yg diluluskan (TM002)

Gaji Tenaga Pengajar Kemahiran/Gaji Tenaga Pengajar Vokasional

Gaji purata adalah antara RM1,600-2,300, bergantung kepada pengalaman, kelayakan, bidang dan tempat Pusat Bertauliah tersebut.

Bidang kemahiran apa yang boleh menyertai Kursus TM002?

Tidak kira bidang kemahiran apa pun, anda boleh menyertai kursus TM002 sekiranya ada/bakal mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 3 sebarang bidang.

Peluang Kerja di Pusat Bertauliah (PB SLaPB)

Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan samada sebagai Tenaga Pengajar ataupun Pegawai Penilai.

Boleh cari dari sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.

Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ TM002 (Bagi Lepasan SKM3, Ada Pengalaman Mengajar 2 tahun Bidang Kemahiran)

Mohon Kursus Tenaga Pengajar Kemahiran @ TM002 HARI INI!
Daftar Kursus TVET
Permohonan Kursus TM002

Mohon Kursus Latihan Tenaga Pengajar @ NCS-TTT (Tanpa Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Daftar Kursus TVET
Mohon Kursus NCS-TTT

Mohon Sijil Tenaga Pengajar Kemahiran @ TVET-i (Bagi Yang Ada Pengalaman Mengajar Bidang Kemahiran)

Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran, bolehlah mohon TVET-i secara PPT.
Sekiranya tidak tahu konsep NOSS, pembangunan WIM yang diperlukan untuk pembentangan TVETi-PPT nanti, boleh ikuti bengkel TVET-i PPT.

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus
Bengkel TVETi PPT

ADi Perantisan (SLDN)

Tenaga pengajar kemahiran di pusat ADi (SLDN) yang menjalankan latihan kemahiran teori (20-30%) inilah yang ramai mungkin tidak tahu kewujudannya. 

Berbanding dengan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), syarat untuk menjadi tenaga pengajar di pusat SLDN adalah jauh lebih ringkas.

Syarat Lantikan Personel - Tenaga Pengajar Kemahiran Pusat SLDN
Pengajar Kemahiran di pusat SLDN adalah P-SLDN
Kelayakan yang diperlukan bergantung kepada samada anda jadi Pengajar ataupun Coach

Jadi, anda nampak apa bezanya antara tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah (SLaPB) dan Pusat SLDN?

TP di Pusat Bertauliah SLaPB – Cuma perlu sijil induksi PP-PPD-PPB
*(Namun, PB  SLaPB perlukan PP, bukan TP sahaja. Jadi lebih baik untuk ada SKM & Sijil Teknik Mengajar sekali)

TP di Pusat SLDN –  Cuma perlu sijil induksi ADi Perantisan (SLDN), SKMDKM/Dip/Ijazah bidang berkaitan dan pengalaman mengajar bidang berkaitan.
Setelah pusat ditauliahkan nanti, perlu juga ikuti kursus NDTS Trainer Training Programme. 

Lihat Jawatan PP, PP (ruang merah) dan Pengajar (ruang hijau) untuk kenalpasti kelayakan yang diperlukan

Peluang Kerja di Pusat/Syarikat ADi Perantisan (SLDN)

Anda perlu tahu mana nak cari kerja selepas anda memenuhi kelayakan sebagai Tenaga Pengajar ADi Perantisan (SLDN).

Boleh cari di sini. Cari ikut program anda dulu, kemudian negeri yang anda kehendaki.

Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB & Induksi ADi Perantisan (SLDN)

Kursus Induksi JPK - Syarat Kelayakan Personel SLaPB - COPTPA
Kursus induksi PP-PPD-PPB
Permohonan Kursus Induksi PP-PPD-PPB
Mohon Kursus Induksi SLDN