Apa itu ADi?
ADi, singkatan kepada Academy in Industry, adalah inisiatif latihan kemahiran yang merangkumi dua program utama: ADi Perantisan (SLDN) dan ADi Pekerjaan. Program ini bertujuan untuk membangunkan ten
Kumpulan Sasaran
ADi Perantisan disasarkan kepada pencari kerja seperti lepasan sekolah, graduan, pekerja diberhentikan, suri rumah, dan pekerja gig yang ingin memperoleh kemahiran industri secara menyeluruh.
ADi Pekerjaan pula fokus kepada pekerja sedia ada yang ingin meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka dalam pekerjaan semasa
Mengapa ADi?
Untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan relevan dengan keperluan industri.
Meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja dan produktiviti pekerja sedia ada.
Memberi pengiktirafan rasmi kepada kemahiran melalui pensijilan yang diiktiraf kerajaan
Cara Perlaksanaan
ADi Perantisan menggabungkan 20-30% teori dan 70-80% latihan praktikal di industri, dengan pengajar dan coach yang terlatih. Insentif boleh dimohon jika memenuhi syarat (jualan tahunan syarikat kerjasama <RM300K atau <5 pekerja)
ADi Pekerjaan memberi latihan berstruktur untuk pekerja sedia ada atau baru, dengan insentif kerajaan bagi majikan dan pekerja (jualan tahunan syarikat >RM300K)
Penilaian kompetensi untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan/atau Diploma Profesional – ADi Pekerjaan
Bila?
ADi Perantisan @ SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional), juga dikenali sebagai NDTS (National Dual Training System), telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2005 sebagai satu inisiatif untuk mengatasi isu ketidakpadanan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan industri. Pembangunan kurikulum SLDN bermula pada tahun 2004, dan pelaksanaan rasminya dimulakan pada tahun 2005.
ADi (Akademi Dalam Industri) adalah inisiatif yang bermula sekitar awal 2020-an, selari dengan usaha memperkasa latihan kemahiran di Malaysia.
Manfaat ADi Kepada Majikan
Tenaga Kerja Berkemahiran dan Produktif: Majikan mendapat pekerja yang dilatih secara langsung mengikut keperluan industri, meningkatkan kualiti dan produktiviti operasi.
Pengekalan bakat: Latihan kemahiran serta insentif dapat mengurangkan kadar pertukaran pekerja
Insentif Kerajaan: Majikan layak menerima insentif kewangan yang membantu mengurangkan kos latihan dan pengambilan pekerja baru atau peningkatan kemahiran pekerja sedia ada.
Pengurangan Kos Latihan: Dengan latihan berstruktur dan pengiktirafan kemahiran, majikan dapat mengurangkan kos latihan dalaman dan masa adaptasi pekerja baru.
Pengiktirafan dan Standard Industri: Program ini memastikan latihan dan penilaian mengikut standard JPK, menjamin kualiti dan kesesuaian kemahiran yang diperoleh pekerja.
Pembangunan Pembimbing/Coach dan Pengajar: Majikan juga boleh melatih kakitangan sebagai pembimbing/coach dan pengajar ADi yang diiktiraf, meningkatkan keupayaan dalaman untuk melatih pekerja baru secara berterusan.
